Kita seharusnya membuat sedikit penyelidikan sedikit tentang perkara di bawah.
1 )Berapa house power air cond yang sepatutnya kita pakai di bilik tidur kita dan berapa besar ruangan bilik untuk hose power yang sesuai?
2 )Berapakah target setting yang sepatutnya ?.
3 )Cuaca di luar mempengaruhi suhu di dalam bilik
3 )Dan Berapa lama masa yang di gunakan dalam satu hari dan sebulan.
1 )Untuk rumah kediaman house power yang ada di pasaran adalah 1 hp, 1.5 hp ,2 hp dan 2.5 hp untuk wall mounted.Pasang air cond Hp mengikut keluasan bilik.Biasanya tanya pada orang yang pasang air cond atau andaian dalam kaki persegi = 10 kaki x 10 kaki bilik
10"x10" x (tinggi di abaikan ) = 100kaki persegi
100" kaki persegi x (formular 9000) = 900000
900000 / 1000 = 900
900 / 1000 = 0.9 hp @ 1 hp (pengiraan mudah sahaja tau)
Nak tau keluasan bilik lihat siling bilik. Biasa syiling yang di gunakan adalah 2 x 4 kaki.
2 ) Target setting
Sebab apa perlu untuk memilih Hp yang sesuai.Bayang kan bilik 10 kaki x 10 kaki ( bilik ke 3 ) perlu pasang air cond 1 hp.Bilik utama contoh ( 16 kaki x 15 kaki ) +- 2 hp air cond.
- Bilik cepat sejuk.On sahaja sudah rasa sejuk
- Compressor berkerja dengan selesa dan cepat dapat target suhu yang diinginkan.Lihat gambar bawah.
![]() |
Suhu target 28 darjah celsius |
- Compressor sama dengan engine kereta (cc ) lagi besar lagi laju,cepat.
- Cukup untuk target 28 darjah celsius compressor akan berhenti,hanya kipas sahaja yang berkrja.
- Kalau ruang bilik besar pakai kipas siling supaya semua permukaan bilik sejuk.Tak perlu takut bil naik.Pasang kipas juga boleh menurunkan suhu bilik 1 hingga 2 darjah celsius.Lagi untung.
3 ) Cuaca di luar rumah juga mempengruhi suhu bilik
- Jika di luar rumah cuaca panas,compressor akan berkerja lebih.Bagaimana boleh jadi begitu ?.
Suhu di luar rumah akan beerpindah ke dalam bilik.Sebagai contoh jika di luar panas cuba kita pegang pada dinding bilik.panaskan.Ada juga bilik yang terlindung dari terus panahan cahaya matahari (rumah apartment )Pernah terdapat suhu bilik dicatatkan sehingga 36 darjah celsius pada hari panas.Dan sejuk 31 darjah celsius.Lihat gambar di bawah suhu semasa (semasa panas atau hari hujan pada hari tersebut) kalau hari hujan untung sikit kompressor dalam mood standby.
![]() |
suhu semasa 31 - 36 (hujan @ panas) |
Bayangkan 31 tolak 28(target) = 3 darjah celsius ( 50 % penggunaan Pengiraan mudah sahaja tau)
Bayangkan 36 tolak 28 (target) = 8 darjah celsius ( 80 %
Bayangkan kalau suhu target 20 darjah celsius. (100%
% adalah berdasarkan termostart pada aircond tersebut ( anggaran sahaja ) Termostart yang mengawal perjalanan compressor.
4 ) Lama masa yang di gunkan adalah bergantung kepada cara penggunaan.Kita boleh setting pada remote air cond sebagai pemasa.Contoh kita mahu on pukul 8 malam dan tutup pada 5 pagi perlu di laraskan pada remote.Lagi kurang lagi kurang bil
5 ) Sudah tahu di mana situasi penggunaan anda, kira bil elektrik
Contoh situasi 1
1 hp air cond di gunakan pada masa 9 jam setiap hari selama 1 bulan pada kadaran suhu target 28 darjah celsius pada suhu semasa 31 darjah celsius (waktu hujan ) = 50 %
1 hp = 746 watt
746 x 9 jam x 30 hari x ( 50 % ) = 100710 watt jam
100710 / 1000 = 100.7 kiloatt jam
100.7 x 0.218 ( 200 unit pertama pada kiraan bil tnb ) = RM 21.95 / bulan
Situasi 2
746 x 9 x 30 x ( 80% ) = 161136 / 1000
161 kwj x 0.218 = RM 35.00 / bln
Situasi 3
746 x 9 x 30 x ( 100% ) = 201420 / 1000
201.42kwj
200 ( pertama ) x 0.218 = RM 43.60
1.42 ( ke dua ) x 0.334 = RM 0.47
RM 43.60 + 0.47 = RM 44.00

